Mukadimah

Kita menulis blog untuk tatapan ukhti2 diluar sana. Kita mendoakan segala yang terbaik untuk diri kita diri ukhti2 sekalian. Semoga kekhilafan dapat diperbaiki dan kita menuju ke arah yang diredhai. Kita juga terlalu banyak kesilapan dalam hidup dan pesanan2 di dalam blog ini adalah sebagai peringatan buat diri kita yang jahil ini juga. Sambutlah perkongsian ilmu ini sebagai salam kasih dari kita.

Ku lepaskan sifat mazmumah
Ku pintal iman berkalung indah
Ku hapuskan karat jahiliah
Untuk meraih berkat muslimah
Semoga kau, aku tersimpul ukhwah
Tanda cinta kita kepada Allah


Halaman

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadi

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.


forward these 5 names to muslims, believe me ur biggest problem will be solved Insha Allah.

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB

Ahad, 29 Mei 2011

Tatabahasa (السلام عليكم as-salāmu `alaykum)

Saya melihat kadangkala orang terkeliru dengan penggunaan ucapan salam dari segi tatabahasanya. Oleh itu, saya cuba menyebarkan cara memberi salam dengan tatabahasa yang betul samada assalamualaikum, assalamualaika, assalamualaiki.. check it out :)

As-Salāmu `alayk(a) —Peace be upon you (male. sing.)
As-Salāmu `alayk(i) —Peace be upon you (female. sing)
As-Salāmu `alayk(umā) —Peace be upon you (to two people of any gender)
As-Salāmu `alayk(unna) —Peace be upon you (female. plural - to three or more females only)
As-Salāmu `alayk(umu)—Peace be upon you (To a group of three or more people, where at least one is a male - or to a member of state such as a prime minister, president, king)

Salam berarti:
* Mengingat (dzikr) Allah SWT,
* Pengingat diri,
* Ungkapan kasih sayang antar sesama Muslim,
* Doa yang istimewa, dan
* Pernyataan atau pemberitahuan bahwa ‘anda aman dari bahaya tangan dan lidahku’

Dalam sebuah Hadits dikatakan:
“ Muslim sejati adalah bahwa dia tidak membahayakan setiap Muslim yang lain dengan lidahnya dan tangannya ”

Isnin, 23 Mei 2011

Golongan lelaki yang akan masuk neraka kerana wanita

'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan

Gabungan dari petikan blog Dr. Asri dan Blog Pembela

:dari Cinta kepada Perang:

Pada awalnya, saya bersedih kerana berpisah dengan seorang lelaki yang saya mimpikan kebahagiaan bersamanya di bumi Allah ini sekiranya kami satukan. Dalam rentak tangis penuh syahdu berlantaikan sejadah dan diiringi keterbukaan langit pada waktu malam. Bersaksikan kegelapan tirai angkasa yang bintangnya tidak terlihat sinarnya oleh saya ketika ini. Mengeluh dalam setiap nafas sehingga melupakan nikmat pencipta yang lebih besar. Melupakan orang yang lebih menyayangi saya sehingga saya sujud kepada sebuah kecintaan yang sia-sia. Kecintaan yang mekar dengan hembusan angin kemaksiatan, angan-angan, dirunding emosi batil dan pemujaan kepada konsep duniawi. Sambil mengingati Allah semasa berada dalam kepayahan, memberi peluang kepada saya membuka kitab-kitab dan tafsir Al-Quran. Saya tertarik untuk mengulas Firman Allah SWT,

''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.'' (Al-Baqarah: 216).

Allah sahajalah yang mengetahui sifat sebenar yang akan berlaku sekiranya saya terus bersama dia dalam membina masa hadapan. Mungkinkah cinta ketika ini adalah pokok nafsu dan mimpi indah seorang manusia yang pada maqam iman yang rendah, wallahualam. Saya pernah terbaca komentar yang mengaitkan firman ini dengan peperangan. Ya, kita membenci peperangan sedangkan di dalam Islam ia sesuatu yang harus kita kuasai. Kita yang perlu menguasai, bukan menunggu orang datang menyerang baru kita menjadi umat tertindas. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.

Syiah dan Rasulullah

Saya tidak membenci syiah, mahupun wahabi. Bagi saya kedua-duanya menuju Allah. Sekalipun tokoh persuratan Melayu, Sheikh Hamzah Fansuri menganut aliran Wahdatul Wujud, saya tetap mengiktirafnya sebagai ilmuan yang layak diteladani. Berdepan dengan isu mazhab menjadikan saya mencari akar perbahasan yang setimpal untuk diketengahkan supaya hujah ini akan membawa saya merantau ke jalan yang lurus. Jalan tanpa ragu yang akhirnya akan menjadikan ibadat saya kepada Allah bukan jalan yang sia-sia. Pernah saya mencuri perhatian cikgu saya, Dr. Faisal Tehrani mengenai ketaksuban rakyat Iran kepada Syaidina Ali memandangkan beliau adalah seorang ahli akademik yang pernah mengkaji aliran terbabit. Dari sudut pandang beliau, saya memahami bahawa adakah kita cuma meraikan hari suka ria dia dalam islam seperti hari raya dan sebagainya tanpa menjengah kesengsaraan yang dihadapi oleh para pejuang Islam? Ya, saya menangis setiap kali mengingati bagaimana Saidina Husin dikhianiati di Khufah. Ketika menyebut namanya saat ini juga air mata saya murah mengalir. Terasa aliran darah di dalam tubuh pun tidak merestui kekejaman Yazid kepada cucu baginda Rasulullah.  

TERBUNUH KERANA OPERASI CEGAH MAKSIAT?

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Dr Asri, semalam ada berita seorang telah terjatuh mati kerana lari dari intipan pihak pencegah maksiat sebuah jabatan agama. Bolehkah perkara macam ini berlaku? Bolehkah kita cegah maksiat sehingga menyebabkan orang mati? Minta tolonglah Dr Asri huraikan kes ini.

Kenali mangsa, KL.

Jawapan: Ya, saya berdukacita dengan berita kematian seorang individu kerana lari daripada intipan pihak pencegah maksiat yang cuba menangkapnya kerana khalwat. Kes ini bukan yang pertama. Sudah berapa banyak kes yang sama berlaku dalam negara kita. Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia telah memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini, yang sememangnya telah lama salah faham disebabkan tindakan masyarakat muslim itu sendiri. Di sini saya suka menyebut beberapa perkara secara umum mengenai kes-kes yang telah berlaku;

1. Mana-mana pihak tidak boleh menuduh mangsa atau terlibat sebagai berzina, kerana tuduhan zina memerlukan empat orang saksi yang lihat secara jelas berlakunya zina, bukan sekadar berdua-duaan, atau berpelukan atau seumpamanya. Jika tidak, penuduh di bawah hukum qazaf. Jika tiada bukti jelas, paling tinggi yang boleh dituduh berkhalwat, bukan berzina.

2. Islam tidak cenderung menghukum dan membongkar maksiat peribadi sekalipun pelakunya mengaku. Islam cenderung agar pelakunya bertaubat dan menutup keaiban dirinya. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

    “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi.